Cerita asal-usul idea SAMADIRIK tok bermula dari keinginan mewujudkan sigek brand yang 'Sarawak' dari sudut general lah. Bila ya, startlah mikir and mencarik nama yang sesuai. Sik perasan dan secara sik sengaja terlintas nama dari perkataan 'sama dirik' yang bermaksud kekitaan. Banyak juak word bagus yang lain mcm mujur jurus, kelang kelus, rumbak, dan ada lagik beberapa word lain yang dipakey tp semuanya dah ada versi nya pun.
Urg jarang maok nak makey word 'sama dirik' tok kerana word tok adalah password besar untuk mendapatkan deal kacak dalam satu-satu urusan negotiation. Mun bergaduh boleh berdamai, Mun bertawar boleh dapat murah, Mun berbayar boleh dapat free. Power sebenarnya word samadirik tok.
Langkah pertama yang dipolah pada masa ya adalah mencarik cara untuk memperkenalkan nama 'Samadirik' tok kepada umum. Salah satu cara waktu ya adalah mewujudkan jaringan media sosial, blog dan menghasilkan produk.
Blog Samadirik, waktu ya makey wordpress jak, ngangkat 'hustle' urg sarawak. macam-macam pasal lah, berjual, aktiviti, etc. Pada masa yang sama Samadirik ngeluar t-shirt juaklah, temanya 'Pureh Sarawak' yang membawa maksud ada keturunan Sarawaklah.
Nak madah ada sambutan ya sik lah. Cuma merasakan perlu lebih proaktif akan if nak bergerak lebih maju. Jadi decidelah untuk 'turun padang' sekali. Maksud turun padang tok berjual direct dengan public.
Jujur aku madah, mun nak bukak kedey memang sik mampu. Tapi tertemu iklan dalam FB mengenai weekend-booth yg dipolah hampir setiap bulan di Sarawak Plaza waktu ya. Berhubunglah dengan organizer dan join. Sik lah susah ne, tapi nak buang rasa malas, ingga kedirik & supan ya lebih susah.
Setting up Samadirik juak yang lead aku untuk ngeluar beberapa item lain yang makey nama local. Salah satunya adalah lineup collection 'PakSaok' yang boleh kata adajuak peminat-peminatnya. Kekangan masa dan kewangan menyebabkan banyak projek aku tersangkut setengah jalan.
Tahun 2020, Covid-19 telah melanda dunia dan sebab ya aku banyak juak terputus hubungan dengan supplier-supplier ku dari bahagian luar Kuching, Semenanjung & China. kebanyakkan sidak sekda production waktu covid ria & aku terpaksa juak sebenarnya berhati-hati handle barang dari luar tok.
In between ya, memang aku ada plan untuk setup Enterprise pakey nama Awg Khairul Smart Solution (Akalution) namun sik sampe ke ujung kerana yalah ku madah sekda determination nak all out benar-benar. last-last sangkut macam ya ajak.
Tahun 2022, kerana hasrat ini meneruskan perjuangan yang sama dengan SAMADIRIK SIDEPROJECT, satu entiti serupa telah aku wujudkan untuk mengambil-alih nama SAMADIRIK iaitu RASTIGABELAS.
Banyak faktornya, antaranya ada juak aku discover urg lain dah menggunakan juak nama Samadirik as sidak pun produk atau design.
Aku sekda authority untuk melarang dan apa-apa juak. Lagik pun frasa 'samadirik' ya adalah frasa umum dan meluas juak penggunaannya.
Sayang juak sebenarnya bila kau dah jauh berjalan, at the end ko stop time nya gik maseh ada perjalanan. So, aku rasa lebih sesuai untuk menghidupkan samadirik tok dengan perspektif yang berbeza dgn tweak sedikit jak, sak jadi berbeza ceritanya.
Dengan tweak tok, Samadirik dah jadi satu identity yg lain dan menjadi lebih unik dari dolok. Nya jadi mcm 'kawan baru' dan ada interest untuk molah kawan dengan urang.
Aku harap dengan menghidupkan semula 'Sa Ma Dirik' tok dapatlah aku merintis balit jalan lamak yg pernah aku polah. 2026, masuk 10 tahun wujudnya projek Samadirik tok, dari mula polah design baju and blog.
Namun, websitenya dikekalkan juak as www.samadirik.com sebab sayang domain dah dijaga sejak dari mula nya wujud dolok in 2016.