Tun Taib Kembali ke Rahmatullah



Hari ini 21/02/2024 Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud meninggalkan kita buat selamanya.


Kehilangan besar buat Negara, khususnya Negeri Sarawak.


Tun merupakan antara watak penting yang mencorak negeri Sarawak ke arah negeri maju yang mana 'legasi' nya telah diteruskan oleh Ketua Menteri Almarhun Tan Sri Adenan Satem dan seterusnya diteruskan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abg Abd Rahman Zohari Tun Abg Hj Openg.


mengungkap kepimpinan Tun Taib, Almarhum begitu giat memperjuangkan nasib masyarakat berbilang kaum di Sarawak. Tun merupakan antara pemimpin muda ketika zaman pra-kemerdekaan Sarawak yg begitu giat membantu utk menggabungkan Sarawak dan Tanah Malaya untuk membentuk.Malaysia pada September 1963.


Tun pernah menjawat jawatan penting di Peringkat Persekutuan dan menjadi Ketua Menteri pada 1981 sebelum meletakkan jawatan pada 2014.


Selama berkhidmat sbg Ketua Menteri Sarawak menikmati pembangunan yang pesat, beberapa industri telah diangkat sebagai sumber ekonomi Sarawak seperti perkayuan dan koridor tenaga yang boleh diperbahurui Sarawak (SCORE) sebelum bersara sbg ketua Menteri.


Almarhum Tun juga bertanggungjawab dalam pembentukan UNIMAS yang merupakan universiti pertama Negeri Sarawak.


Tun amat meminati bidang seni terutama sekali hasil karya seniman negara, Tan Sri P.Ramlee. Beliau merupakan pelopor pertandingan Bintang P.Ramlee yang hingga sekarang masih lagi diterbit dan dipertandingkan oleh pihak RTM.


Tun turut banyak membantu dalam usaha dakwah dan pembangunan islam di Sarawak. Pandangan dan nasihat Tun banyak membantu terutama sekali dalam memelihara dan menjaga kesucian islam di Bumi Kenyalang.


Mun nk dicerita, sik cukup sebuah buku nk dikarang tentang Almarhum Tun Taib. Walaupun, almarhum sering dikaitkan dgn pelbagai kontroversi tapi Tun tetap steady menjaga kemakmuran Sarawak.


Sekda kita nenggar Sarawak tok nk bergadoh. Tun dah pun byk melahirkan anak² Sarawak yang berjaya. Hasil dari usahanya memasti pendidikan sampe kepada kita tok.


Tanpa Tun Taib boleh dikatakan sapa jaklah Sarawak kinek tok. 1981-2014 adalah perjalanan terbaik Tun.


Sekda lain lagik lah dpt kmk org hadiahkan kepada Tun melainkan iringan doa, amalan jariah dan ilmu yg bermanfaat yg Tun tinggalkan.


Sesungguh seluruh Sarawak berduka dgn pemergian tun...


#Samadirik #SimplySarawak

Menarik

Inilah Sarawak Sharing is Caring