Inilah Sarawak Sharing is Caring

Di dalam Sarawak, banyak kita akan melihat signage tok. Tok kebiasaannya adalah kedei non-muslim yg menghidangkan makanan yang berasaskan sumber halal seperti daging yg disembelih oleh orang islam, masakkan tidak dicampur bahan seperti arak atau tidak digoreng dgn minyak lemak khinzir.


Tapi kita pada masa yang sama merasa bangga kerana kita memiliki semangat toleransi yang tinggi dalam masyarakat dengan kita sik lokek utk berkongsi pengalaman kulinari dan rasa gembira untuk mengalukan kepelbagaian dalam masyarakat. Dak bangsa lain sedaya upaya membantu untuk membolehkan kita yg muslim tok untuk menikmati makanan fusion mahupun tradisi sidaknya yang daknya rasa kita patut merasa dan daknya coba utk jadi halal pakey kita makan.

Dalam posting tok, ingin dikongsilah sedikit ilmu pengetahuan yg boleh diguna oleh rakan² kita yang berminat nk berniaga makanan dengan pelanggan muslim.

disclaimer: saya bukan ustaz tp based from self experience yg suka makan street food and some tips mcm mana saya avoid dr tersalah mkn makanan 😁😁😁

*gambar sekadar hiasan

Paling utama adalah kebersihan. Dalam penyediaan makanan kita perlulah menjaga kebersihan makanan yg kita hidang. baik dari segi food presentation, preparation, kebersihan harus diutamakan. try to avoid taking alkohol while serving or cooking food. Bukan apa, boleh jadi silap kalau kita kurang focus bila memasak.

Perkara kedua adalah peniaga perlu Jelas. Apa² masakan perlu jelas dan tidak meragukan. Jangan campur2 atau tipu² bahan. kalau ada masakkan yg dicampur arak, make sure utensil tersebut hanya khas utk bahan tersebut.

walaupun no pork, bila ada campuran arak, dan perkakas pernah digunakan utk memasak pork, makanan pun akan jadi non-halal sekira sik dicuci ikut cara islam - guna air tanah + air bersih. mun nk tauk detail, boleh tanyak member yg muslim.

**gambar sekadar hiasan

mun maok paling bagus, jgn samakan tempat arak dgn tempat jualan makanan yg muslim friendly

Selain ya bekalan daging haiwan yg disembelih mestilah dari tempat yg ada certificate halal. Di Sarawak tok majoriti daging and ayam segar memang di supply oleh company yg ada halal. jadi sik susah nk dptkan yg halal.

to have muslim worker or partner adalah lebih bagus. muslim worker/partner will at least help you to guide certain issues. you can ask them if you ada certain things you kurang faham. mostly muslim are very understand in bab makan² tok.

Dan paling terbaik adalah dapatkanlah proper halal certification from govt or qualified islamic organization. kerana certified halal outlets ada kriteria dan you will be given proper training mcm ne maok handle muslim pun food dgn cara yg betul.

dalam islam, pemakanan itu amat penting. ini kerana islam percaya, tubuh badan yg sihat fizikal dan mental, dtg dlm pemakanan yg betul dan halal.

frankly speaking, konsep ini pun boleh diapply dlm apa2 lapisan masyarakat kerana ia akan membentuk masyarakat yang bersih dan sihat.

#simplySarawak
#samadirik

Menarik

Tun Taib Kembali ke Rahmatullah